Friday, December 7, 2012

BUDAK 1 THN 6BLN & LAPTOP



Putri NurNadeera...is my adopted daughter.
Sekarang dah nak masuk 2 tahun.

Bukak jer laptop terus die datang duk depan sekali,betul-betul mengadap laptop.
Jangan harap bleh sentuh laptop selagi die ade kat depan tu...
Kalau dah mengamuk memang susah nak pujuk so kena layan jela.. 

Kena tunggu die tidur dulu baru la kite plak yang bleh ambik alih tempat
die tu..huhu


P/s= Zaman kite kecik2 dulu main masak2 jer!





Terima Kasih

RESEPI PULUT DURIAN


Memandangkan sekarang ni adalah musim durian, so aku nak kongsi
satu resepi iaitu resepi pulut durian.
Sebelum tu pergi beli durian dulu yer kat pasar malam atau kat tepi jalan. Beli yang murah-murah jer, satu longgok RM10.
Antara yang berlonggok tu pasti ada isi yang tak berapa enak dimakan
seperti keras @ terlebih masak.
Yang buruk berulat pun kadang-kadang ade jugak but yang tu buang jela. Dah takde rezeki la tu..
Isi durian yang keras @ terlebih masak tu la bleh digunakan untuk buat bubur durian dan dimakan dengan pulut.

First, masak pulut dulu..

Cara masak pulut sama jer macam masak nasi biasa.
Masak dalam rice cooker jer sebab lebih mudah.
Tak perlu guna pengukus kerana kukus mengukus ni agak cerewet skit. Setakat nak makan untuk 2-3 orang guna rice cooker jer.
Pastikan sukatan air sama banyak dengan beras pulut
tu yer..

Ni rupa pulut nasi yang telah masak..




Jom kita masak bubur durian lak..


Bahan-bahan :-

4-6 ulas isi durian
1 kotak santan segera
1 helai daun pandan
Gula melaka
2 s/b gula 
Sedikit garam


Cara masak :-

# Masukkan santan dan sedikit air kedalam periuk dan masak atas dapur.

# Masukkan gula melaka, gula, sedikit garam dan daun pandan.

# Bila gula melaka dah hancur, masukkan durian dan masak seketika.

Dah siap!! boleh la dimakan bersama-sama pulut.


Nyum!!Nyum!!......Sedap!


P/s= Tahniah kepada Tok dalang dalam citer upin ipin kerana telah        menjadi Raja Buah bagi tahun 2012 di kampung Durian                  Runtuh..kihkih 



Terima Kasih

NAPHCON A HILANGKAN MATA MERAH

Oleh kerana sejak akhir-akhir ni mata aku dah kabur dan kekeringan
mungkin faktor usia..kuikui!!, aku pun bersemuka dengan incik google
untuk mendapatkan info tentang masalah mata aku ni...Hasil daripada
pencarian aku, akhirnya aku dapat tahu yang aku mungkin mengalami masalah radang mata..
Radang mata berlaku akibat daripada jangkitan virus iaitu kuman dan bakteria. Salah satu cara untuk rawat adalah dengan menggunakan ubat titis.
Tapi sekiranya dah teruk, better pergi check kat klinik pakar mata.
Aku ada tanya gak 1 klinik kat kajang, dorang cakap kos untuk check mata ni dalam RM200 lebih gak. RM60 untuk jumpa doctor, RM150 untuk check mata termasuk ubat...


Aku rasa mata aku ni tak teruk sangat la so aku plan nak beli ubat titis jer..
Godek punya godek aku terjumpalah satu blog ni yang mengatakan bahawa ubat titis Naphcon A dapat menghilangkan merah mata dan menjadikan mata putih berseri. 
Biasanya artis-artis yang ramai pakai ubat titis ni.
Aku juga mengalami masalah mata merah sejak dari bertahun-tahun lagi so aku pun nak try gak la...

Petang tu, pulang dari kerja aku singgah kat guardian Midvalley untuk survey harga Naphcon A ni dan plan nak beli ubat untuk radang mata. Cari kat rak barang takde so aku pun ke kaunter farmasi guardian dan terus mata aku ternampak Napchon A ni kat rak farmasi tersebut.
Harganya cuma RM8.50 dan aku apa lagi terus beli la. Then aku pun tanyalah cashier kat situ ada tak ubat untuk radang mata. 
Cashier tu bagitau yang ubat Napchon A tu lah ubat radang mata.
Ohh gitu ker,2 in 1 la ni..Sy suka!sy suka!Jimat aku...

Malam tu aku terus guna ubat titis ni. 2 drop kiri,2 drop kanan dan lepas beberapa jam aku pun tengok cermin. Cam tak caya jer, ubat ni betul-betul berkesan untuk hilangkan mata merah.
Korang bayangkan, aku memang ada masalah mata merah
di right side sejak 5 tahun lalu dan hanya dengan sekelip mata jer ia hilang dan mata aku jadi lebih putih. Awesome btul!!

Bagi yang ade masalah mata merah@kuning sebab tak cukup tidur ke ape ke, bleh la cuba Naphcon A keluaran Alcon ni...






Beli jangan tak beli. Cuma RM8.50 jer kat farmasi guardian juga terdapat di farmasi-farmasi lain..(hehe,aku lak yang terlebih promo mengalahkan toke ubat ni)!!



P/s= Naphcon A memang terbaik!!


Terima Kasih

Wednesday, December 5, 2012

PETUA LAMA: HILANGKAN BULU KETIAK

# Untuk hilangkan bulu ketiak, ambil biji jintan putih dan sedikit kapur dan gaul rata bersama air perahan limau nipis. Selepas bercukur, sapulah pada ketiak.

# Bagi menghalang bulu ketiak tumbuh,ambil kunyit hidup dan celupkan ke dalam kapur. Kemudian disapu pada ketiak.Sesuai untuk remaja yang belum tumbuh bulu ketiak.

# Untuk hilangkan hitam ketiak, campurkan sedikit kapur bersama-sama air perahan limau dan sapu pada ketiak.


P/s= Shaving more easily!
Terima Kasih

PETUA LAMA: HILANGKAN BAU KETIAK

# Ambil sebiji limau nipis yang dibelah dua dan sapu pada ketiak.

# Campurkan hampas teh dengan sedikit air garam dan sapu pada         ketiak. Bilas dengan air hangat atau sejuk.
Terima Kasih

ANTARA PENDRIVE, FLASH DRIVE & THUMB DRIVE

Semalam aku ke Plaza Low Yatt semata-mata untuk mencari something yang bernama Pendrive 16G. Actually dah berminggu aku nak beli benda alah ni tapi tak jumpa dengan harga yang berpatutan. Sebelum ni aku ada survey kat Carrefour Midvalley tapi oleh kerana aku memang buta teknologi,yang ada pun jadi takde.

Memang berlambak-lambak kat situ sebenarnya dan harga pun ada yang murah-murah jer tapi memandangkan kat cover tu tertulis Flash drive so aku tak beli la sebab mati-mati aku ingat Pendrive, Flash drive dan Thumb drive tu adalah benda yang berlainan tapi rupanya semua tu adalah Pendrive yang beza cuma nama jer...huhuhu. Bila kat low yatt semalam baru aku tau. Memalukan jer!

Pendrive tu adalah brand. Seperti yang orang cakap, macam maggie la. Maggie tu adalah brand untuk mee segera tapi habis semua mee segera disebut nye maggie.....
Terima Kasih

Tuesday, November 20, 2012

PETUA LAMA: MELENTIKKAN BULU MATA


Daun Lidah Buaya

Sapu lendir daun lidah buaya pada bulu mata sebelum tido.
Amal lah selalu dan akan melentik lah si bulu mata itu.
Yang xde daun lidah buaya tu, sila dtg amik kat umah i yer.
i ade tanam 1 pasu..hikhik!



Minyak Sapi

Sapu minyak sapi kat bulu mata setiap malam. Kena rajin ye
klo nak lihat hasilnye...











P/s = Masih xdpt nk disiplinkan diri untuk bersenam..
Terima Kasih

MANTAPKAN DAYA INGATAN

Menurut pakar penyelidikan penuaan, daya ingatan manusia akan menurun bersama peningkatan usia. Daya ingatan kita terbatas dan keupayaan menyimpan maklumat merosot bersama kepantasan mengingatinya. Otak boleh diibaratkan seperti komputer yang menyusun dan menyimpan data dalam beberapa fail. Apabila usia meningkat, lebih banyak fail dicipta dan semakin ia menjadi semakin padat.

Lupa adalah perkara biasa bagi manusia terutama apabila dalam keadaan tertekan, hilang tumpuan, terlalu sibuk, badan kurang sihat atau pengambilan ubat-ubatan.
Tidak perlu dirisaukan sekiranya kita terlupa tentang tarikh penting dalam sejarah, nama seseorang atau harga sesuatu barang. Bagaimanapun sekiranya sering lupa tentang perkara baru atau maklumat baru, itu adalah petanda awal penyakit Alzheimer.

Pakar sains menyarankan beberapa makanan yang dapat membantu kecergasan otak seperti pelbagai vitamin B kompleks iaitu sayuran hijau, bijirin lengkap, beri, badan, walnut, telur, minyak ikan omega 3, biji labu, biji matahari, adpokat dan brokoli.

Perkara2 yang boleh dilakukan untuk menguatkan ingatan ialah seperti :-

  • Sentiasa menulis. Tulis apa saja spt diari, catatan harian, sajak, pantun, lirik lagu, resepi dan lain-lain.
  • Latih otak untuk mengingati sesuatu dengan memberi tumpuan sepenuh hati supaya maklumat yang tersimpan akan kekal dalam peti ingatan. Ini kerana maklumat yang dikutip sambil lewa hanya mampu bertahan beberapa minit atau sehari dua jer dalam otak kita dan ia akan hilang dengan semulajadi.
  • Gunakan gambaran yang boleh mengaitkan maklumat agar mudah diingati.
  • Lakukan senaman otak dengan membaca, sentiasa berfikir, cuba silang kata, sudoku, belajar sesuatu kemahiran baru dan lain-lain.
  • Lakukan juga senaman badan dengan berjalan atau mengemas rumah.
  • Biasakan meletak atau menyimpan sesuatu ditempat yang sama.
  • Berbincang dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan.
  • Berbincang dan bercakap hal yang merangsangkan minda.
  • Elakkan melakukan perkara2 yang boleh merosakkan otak spt merokok, meninggalkan sarapan, terlebih makan, mengambil terlalu byk gula, tidur menyelubungi kepala, tidak cukup tidur, tidak merehatkan otak.
  • Kurangkan makanan yang masam spt jeruk kerana akan melemahkan otak.
  • Jangan makan organ dalaman haiwan spt hati ayam dan lembu, jantung, limpa dan perut kerana kandungan darah yang banyak pada organ tersebut tidak baik untuk kesihatan otak.
  • Jangan makan atau minum jika dicemari semut kerana semut mengandungi bahan kimia yang boleh melemahkan daya ingatan.
  •  

P/s = Cuba nak belajar sudoku...



Terima Kasih

KONFLIK ANTARA MR.BOS



Bila mendapat tahu ade konflik antara bos n share partner nye, aku mjadi serba salah..
Mungkin kah mereka akan berpecah dan mugkin kah aku akan kehilangan kerja??


Namun, alhamdulillah khidmat aku masih diperlukan. Aku telah ditawarkan oleh salah seorang bos aku untuk bekerja dgn nye di syarikat baru. First,ofcos la aku hepi sb kerja aku dihargai selama ini but...tetiba lak aku rase serba salah..Yela,dua2 adalah mr.bos yang baik.

First aku kerja di sini, bidang construction adalah begitu asing bagi aku. Banyak yang aku nak kena belajar dari a-z..Apatah lagi sume aku kena belajar sendiri. Berkat dari selalu kena marah, akhirnye aku dah dapat mendalami bidang ni. Tapi xde la dalam sangat pon..

Tapi tetiba lak aku nak kena tukar ke bidang lain. x tau la cam mne nti. Mau kelam kabut otak aku nih nak menerimanye!

Aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku ni.Amin...




P/s = Apply keje gov dah bertahun2 tp x pernah dpt..huhuhu!!



Terima Kasih

Monday, November 12, 2012

KAD KOMUTER 1 MALAYSIA - RM1.00

Balik keje jumaat ari tu,aku together with shima telah singgah kat kl sentral..
Bukan untuk shopping ye but untuk buat kad diskaun komuter..walaupon kteorg jarang2 sgt nek komuter ni tp kiteorg xkan lepaskan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat 1malaysia...

Yang blom daftar baik pegi cepat2 sb last date untuk daftar ialah 22 Nov ni..Bayaran cuma RM1.
Kat kl sentral, dorang ade bukak kaunter khas untuk daftar kad ni iaitu kt tkt atas sebelah kedai sun magazine. So,korang xyah la nk Q pjg2 dgn org yg nk bli tiket tu...Ambik borang kat kaunter yang disediakan dan isi kat situ terus. Meja dan pen telah disediakan. Jangan lupe salianan i/c. Photostat jer kt kedai sun magazine tu,40 sen sekeping...Kad akan dapat terus..
Cara gunanye, mase nak bli tiket komuter, tunjukkan jer kad kat petugas kaunter. Tiket hanya boleh dibeli di kaunter jer krn machine tiada kemudahan touch...ofcos la...

Ni aku pnye kad...hihi... :-





P/s =  Suka kumpul kad,xkire kad ape2 pon...



 
Terima Kasih

Thursday, November 8, 2012

TUKAR IC BARU DI JPN PUTRAJAYA

Pagi-pagi lagi aku dah bertolak ke Putrajaya dengan ditemani oleh mr.pie..ehh, patut nye mr.pie la ditemani
aku sebab die yg ajak aku temankan die semalam...xgitu ke?

Sampai sana, x tau nak parking mane. Last2 aku nampak ramai jer org parking kete n moto
kt taman  sebelah JPN tu,so aku pon join la skali...Mgkn kt situ la kot tmpt parking JPN.
Dah msuk jer dlm bangunan tu sume jadi mudah. Walaupon first time dtg,konfem x sesat pye
sb sume die tulis besar2..Lagipun time nak amik no.giliran tu,ade staff yg membantu. Ckp jer nk wat urusan ape, die akan bagi no.giliran dan akan tunjukkan tempat menunggu dengan senyuman mesra....

Alang2 aku dah pegi situ,tiba2 teringin lak nak tukar ic baru gak. Ic aku xrosak pon just bengkok skit jer sb dulu aku ske sgt letak kt poket blkg. Kna bayar RM10 jer..
Urusan mmg cepat. Time amik gmbar lak just beberapa saat jer..x sampai setengah jam sume dah setel cma ic kna amik slps 24jam. Makne nye 1 ari dah bleh siap tp kna dtg 2kli gak..So,aku plan nak dtg amik sabtu ni..






P/s =  Teringin betul nak keje kat Putrajaya ni....



 





Terima Kasih

Tuesday, November 6, 2012

HUJAN Oh HUJAN

Kerana main ujan 2 ari lepas,ari nih aku rse cm nk demam jer..huhu..
Tekak pon rse semcm jer dan tiada selera mkn.. Hope lps nih berat bdn aku turun ler..
Tetiba lak aku teringat kate2 aku kt shima waktu die demam ari tuh.. Korang tau ape aku ckp?
Bleh plak aku ckp "klo demam bleh kuruskan bdn,aku nk demam gak la"...hehe..bkn ape,tetibe aku tgk si shima tu kecik semacam jer.. ingat die pkai produk pelangsingan ape,rupenye demam..huhu.. Bkn main ujan pon..Ari tu duk tgh tgu bas kat kl sentral tetiba lak ujan turun. Korang tau2 jelah bustop kt situ just 1 jer dan pastinye ia tlh dipenuhi oleh org2 yg begitu asing bg aku..dan aku hye mampu berteduh dibawah pokok dan dgn harapan bas segera dtg..tp hampeh btul!Aku dah basah kuyup baru die nk sampai..






P/s = Mesti katak yang panggil ujan nih!
Terima Kasih

Wednesday, October 17, 2012

CINTAKU BUKAN UNTUKMU~Episod 3

Finally...si dia faham dan dapat terima hubungan kami sebagai teman biasa. Fuhh,lega aku.
Aku hepi sesangat dan bermula la episod baru dalam hubungan kami..
dimana setiap hari adalah hari untuk bersms tak kira masa.
Tengah kerja ke, dalam tren ker, dalam bas ker, tengah makan ker dan dimana jua aku berada.
Wahh!! mengalahkan org berkapel la pulak!



P/s = Teman tapi mesra!
Terima Kasih

SECRET ADMIRE~Kisah terakhir

" Aku lihat dia disana.. Aku ingin mendekatinya..
Aku cuba menghampirinya..
Lalu aku menyapa dia" Ewah!ewah...jiwang torrent la pulak aku pagi2 nih. Actually,semalam aku terserempak dengan secret admire aku dalam bas..Dia duk seat depan aku. Maknanya aku duk behind dia la..Nak tau apa yang aku rase?.. Aku tak rasa apa-apa pun..I mean,tak macam biasa yang aku rasa.. Aik!Pelik btul..Kalau before this, tiap kali nampak jer dia pasti dap!dip!dup! tapi kali ni hati aku bergerak secara normal..Padahal ni la peluang untuk aku menyapa dia dan mulakan persahabatan kami(berani la sangat konon).. Rambut dia lak aku tengok dah kusut sikit, maybe stress kerja..hihi..Mungkin aku sekadar minat TENGOK rambut dia but bukan untuk MENDEKATI nya.. So, start today aku dah tak nak peduli dia lagi la..Nak buat cam biasa jer. Kalau nampak dia pun buat-buat tak nampak jer la.. So, citer secret admire aku pun berakhir begini dan disini saja yer.
The End...Poyo jer aku!!


P/s = Ntah ape-ape jer aku nih!
Terima Kasih

Monday, October 15, 2012

RESEPI BURGER

Sejak dua menjak ni aku teringin jer nak makan burger yang banyak mayonis dan cheese. Try beli kat depan umah aku tu tapi tak cukup kaw..tak puas hati betul la! Oleh kerana keinginan yang membuak-buak mengalahkan orang pregnant yang tengah mengidam, aku pun mencari resepi di serata website..Maknenye DIY la.. Percubaan pertama yang amat membanggakan diri sendiri.. Memang kaw2 giler aku letak mayonis but cheese takde coz aku tak tau mane nak cari cheese untuk burger... Puas hati dapat makan 2 biji sorang... Tengok!tengok!..ni la hasil burger yg aku buat.




















Bahan-bahan:-

1 Peket Roti burger (6biji)
1 Peket Daging burger Ramly (6biji)
Daun salad
Lada sulah
Mayonis
Sos cili
Marjerin





Cara membuatnya:-

1) Roti dibelah 2 dan disapu marjerin skit.
2) Panaskan kuali dan masukkan roti yg telah disapu marjerin tadi. Tak perlu letak minyak masak yer..Roti tu masak sekejap jer bagi ade garing-garing sikit kat tepi. Then angkat.
3) Pastu masukkan sedikit marjerin dalam kuali dan goreng daging burger pulak. Juga tak perlu guna minyak masak. Tabur skit lada sulah atas daging burger tu then balik-balikkan.
4) Sementara menunggu daging burger masak, boleh la potong-potong daun salad. Tak payah potong kecik-kecik just koyak-koyak dengan tangan jer..
5) Letak mayonis dan sos cili pada roti lapisan bawah,letakkan pulak daun salad, then letak daging burger, letak lagi mayonis dan sos cili, letak lagi daun salad and the last letak roti lapisan atas.
6) Boleh ler dimakan...Dalam 1 week dah 4 kali buat..hehehe
Terima Kasih

Wednesday, October 10, 2012

SECRET ADMIRE~ Kisah 3

Sedang asyik godek-godek blog kat ofis semalam, aku tak sedar yang masa untuk aku cabut dah berlalu... Akibatnya, aku terlepas bas. Geram betul la! Dalam duk menunggu ketibaan bas seterusnya, tiba-tiba aku terpandang seseorang yang pasti membuatkan jantung ku akan dap!dip!dup! bila melihatnya..tak lain dan tak bukan dia adalah secret admire aku la..hehe.. Baru jer semalam jumpa dia, hari ni jumpa lagi..Ade jodoh gamaknya aku dengan dia ni!!hahaha.. 
Tiba-tiba dia pandang aku, aku pon pandang la dia balik..
At least,hilang jugak penat aku menunggu bas lama-lama bila dia ade disisi.. Hahaha!Jiwang torrent aku ari nih!



P/s = Suke tak semestinye ingin memiliki!!
Terima Kasih

Monday, October 8, 2012

SECRET ADMIRE - kisah 2

I hate Monday... Asal jer monday datang pasti aku jadi kurang bersemangat nak keje.
Padahal offday 2 hari aku asyik tidur makan tidur makan jer. This weekend aku lepak umah jer.
Gaji tak masuk-masuk lagi, nak jalan pun takde mood. Cam biasa la, hari ni aku lewat lagi ke tempat kerja.
Not my fault, but bas yg tak nak gerak-gerak..(taknak ngaku salah bas pun jadi mangsa)..
Ketika aku berada dalam bas yang ntah kul berapa nak gerak tu, aku menerima sms from Sogo KL
menjemput aku untuk datang ke mall miliknya kerana ada sale yang giler-giler. Membuat aku mengomel kegeraman..but dalam hati jer la..Nanti orang ingat aku menroyan lak! Tiba-tiba..aku terpandang someone
yang sedang duk kat tempat menunggu bas sambil menenyeh-nenyeh matanya..mungkin still sleepy kot!
Dan tiba-tiba lak jantung ku rasa berdebar jer..Ohh,my secret admire..i miss u so much...
Rambutnya still tak berubah..masih sama..aku lega melihat my secret admire masih kekal seperti dulu.
Lama benar aku tak jumpa dia. Dulu boleh di katakan everyday jumpa tapi now sebulan sekali kot..sebabnya,sekarang ni kul5.30pm aku dah cabut takut tertinggal bas lagi. Someone tu lak, aku selalu serempak dengan dia time aku ditinggalkan bas..makna nya dalam kul 6 lebih..




 P/s = Bercinta dengan rambut jer!
Terima Kasih

Friday, October 5, 2012

CINTAKU BUKAN UNTUKMU~Episod 2

Setelah sebulan menyepikan diri, akhirnya kini dia kembali lagi. Maksud aku, dia kembali sms aku..Aku macam biasa jugak, malas nak reply sebab aku tak nak rasa serba salah pulak nanti dan tak nak bagi dia harapan..dan sms dia nanti akan jadi meleret..leret...


Aku bukan la nak terus putuskan persahabatan ini, tapi aku belum bersedia untuk bersemuka dengan nya...
Aku ingin berikan dia masa untuk terima kenyataan yang cinta aku bukanlah untuk dia... 





P/s = Penat memikirkan tentang cinta!
Terima Kasih

Thursday, October 4, 2012

AEON MEMBER DAY - Midvalley

Aeon Member Day at Jusco Midvalley,3 & 4 Okt 2012. Semalam aku dah pergi and today aku nak pegi lg..hihi.. Semalam sempat la jugak aku sambar long pants n legging. Today aku ingat nk sambar dress lak.. Confem tgh bln ni aku kena makan megi jer.. Sebagai seorang pompuan,aku tidak boleh wat2 pejam mate bile ade sale sana,sale sini. Nk kna pegi jugak wlpon xde plan nk bli ape. Shopaholic ke aku ni?? Hope aku blom ag smpai tahap tu. bcoz kdg2 aku xbli ape2 pon,just window2 jer.. P/S = Nak simpan duit pegi melancong lak..
Terima Kasih

Wednesday, October 3, 2012

TAKDIR HIDUP



" Andai dapat aku putarkan kembali masa yang terbuang, akan ku ubah semua tingkah laku dan memperbaiki segala apa yang terjadi sebelum ini.

Namun masa tak kan kembali dan inilah takdir hidup aku.

Kenangan lalu bukanlah seuatu yang indah dalam hidup aku…juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan…Sepahit mana pun sesuatu itu, namun masih ada yang sukar untuk aku lupakan…..

Terlalu banyak perkara yang terjadi pada masa lalu yang membuatkan aku kini benar-benar menyesal. Menyesal kerana biarkan ianya terjadi..Menyesal kerana aku tak pernah memberi peluang pada diri untuk merubah hidup aku. Menyesal kerana tidak menghargai seseorang. Menyesal kerana tidak mengambil peluang untuk terus hidup dengan lebih baik. Aku menyesal atas segala apa yang terjadi dimasa lalu…

Aku redha diatas segala ujian yang telah diberikan kepada aku. Ia menjadikan aku lebih kuat dalam meneruskan hidup yang penuh dengan onak dan duri.


Aku mengharapkan keredhaanMu Ya Allah………….

Terima Kasih

Tuesday, October 2, 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD - 9 Zulhijah



Pada 9 Zulhijjah, berlaku satu peristiwa besar dan menjadi catatan yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam.

Peristiwa yang dikaitkan dengan sejarah perjuangan Rasulullah saw itu adalah saat berharga dan menyimpan pelbagai teladan bagi umat zaman ini.
Ia adalah pesanan terakhir daripada seorang nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk menyebarkan dakwah tauhid serta mengajak manusia mengesakan khalik (pencipta) sebenar yang Maha Agung dan Maha Bijaksana.

Pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah.
Isi khutbah itu adalah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.

"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini.
"Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

"Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
"Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

"Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

"Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

"Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu.

"Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu.

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.
"Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.

"Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru.

"Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.

"Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

"Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku.

"Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."
Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.



P/s = Sumber: BH - 20 Jan 05 / 9 Zulhijjah 1425




Terima Kasih

TANDA HARI KIAMAT MAKIN HAMPIR


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 


P/s = Sedang berusaha untuk ke arah kebaikan..


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign