Friday, December 7, 2012

NAPHCON A HILANGKAN MATA MERAH

Oleh kerana sejak akhir-akhir ni mata aku dah kabur dan kekeringan
mungkin faktor usia..kuikui!!, aku pun bersemuka dengan incik google
untuk mendapatkan info tentang masalah mata aku ni...Hasil daripada
pencarian aku, akhirnya aku dapat tahu yang aku mungkin mengalami masalah radang mata..
Radang mata berlaku akibat daripada jangkitan virus iaitu kuman dan bakteria. Salah satu cara untuk rawat adalah dengan menggunakan ubat titis.
Tapi sekiranya dah teruk, better pergi check kat klinik pakar mata.
Aku ada tanya gak 1 klinik kat kajang, dorang cakap kos untuk check mata ni dalam RM200 lebih gak. RM60 untuk jumpa doctor, RM150 untuk check mata termasuk ubat...


Aku rasa mata aku ni tak teruk sangat la so aku plan nak beli ubat titis jer..
Godek punya godek aku terjumpalah satu blog ni yang mengatakan bahawa ubat titis Naphcon A dapat menghilangkan merah mata dan menjadikan mata putih berseri. 
Biasanya artis-artis yang ramai pakai ubat titis ni.
Aku juga mengalami masalah mata merah sejak dari bertahun-tahun lagi so aku pun nak try gak la...

Petang tu, pulang dari kerja aku singgah kat guardian Midvalley untuk survey harga Naphcon A ni dan plan nak beli ubat untuk radang mata. Cari kat rak barang takde so aku pun ke kaunter farmasi guardian dan terus mata aku ternampak Napchon A ni kat rak farmasi tersebut.
Harganya cuma RM8.50 dan aku apa lagi terus beli la. Then aku pun tanyalah cashier kat situ ada tak ubat untuk radang mata. 
Cashier tu bagitau yang ubat Napchon A tu lah ubat radang mata.
Ohh gitu ker,2 in 1 la ni..Sy suka!sy suka!Jimat aku...

Malam tu aku terus guna ubat titis ni. 2 drop kiri,2 drop kanan dan lepas beberapa jam aku pun tengok cermin. Cam tak caya jer, ubat ni betul-betul berkesan untuk hilangkan mata merah.
Korang bayangkan, aku memang ada masalah mata merah
di right side sejak 5 tahun lalu dan hanya dengan sekelip mata jer ia hilang dan mata aku jadi lebih putih. Awesome btul!!

Bagi yang ade masalah mata merah@kuning sebab tak cukup tidur ke ape ke, bleh la cuba Naphcon A keluaran Alcon ni...






Beli jangan tak beli. Cuma RM8.50 jer kat farmasi guardian juga terdapat di farmasi-farmasi lain..(hehe,aku lak yang terlebih promo mengalahkan toke ubat ni)!!



P/s= Naphcon A memang terbaik!!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign