Friday, December 7, 2012

RESEPI PULUT DURIAN


Memandangkan sekarang ni adalah musim durian, so aku nak kongsi
satu resepi iaitu resepi pulut durian.
Sebelum tu pergi beli durian dulu yer kat pasar malam atau kat tepi jalan. Beli yang murah-murah jer, satu longgok RM10.
Antara yang berlonggok tu pasti ada isi yang tak berapa enak dimakan
seperti keras @ terlebih masak.
Yang buruk berulat pun kadang-kadang ade jugak but yang tu buang jela. Dah takde rezeki la tu..
Isi durian yang keras @ terlebih masak tu la bleh digunakan untuk buat bubur durian dan dimakan dengan pulut.

First, masak pulut dulu..

Cara masak pulut sama jer macam masak nasi biasa.
Masak dalam rice cooker jer sebab lebih mudah.
Tak perlu guna pengukus kerana kukus mengukus ni agak cerewet skit. Setakat nak makan untuk 2-3 orang guna rice cooker jer.
Pastikan sukatan air sama banyak dengan beras pulut
tu yer..

Ni rupa pulut nasi yang telah masak..




Jom kita masak bubur durian lak..


Bahan-bahan :-

4-6 ulas isi durian
1 kotak santan segera
1 helai daun pandan
Gula melaka
2 s/b gula 
Sedikit garam


Cara masak :-

# Masukkan santan dan sedikit air kedalam periuk dan masak atas dapur.

# Masukkan gula melaka, gula, sedikit garam dan daun pandan.

# Bila gula melaka dah hancur, masukkan durian dan masak seketika.

Dah siap!! boleh la dimakan bersama-sama pulut.


Nyum!!Nyum!!......Sedap!


P/s= Tahniah kepada Tok dalang dalam citer upin ipin kerana telah        menjadi Raja Buah bagi tahun 2012 di kampung Durian                  Runtuh..kihkih 



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign