Wednesday, December 5, 2012

ANTARA PENDRIVE, FLASH DRIVE & THUMB DRIVE

Semalam aku ke Plaza Low Yatt semata-mata untuk mencari something yang bernama Pendrive 16G. Actually dah berminggu aku nak beli benda alah ni tapi tak jumpa dengan harga yang berpatutan. Sebelum ni aku ada survey kat Carrefour Midvalley tapi oleh kerana aku memang buta teknologi,yang ada pun jadi takde.

Memang berlambak-lambak kat situ sebenarnya dan harga pun ada yang murah-murah jer tapi memandangkan kat cover tu tertulis Flash drive so aku tak beli la sebab mati-mati aku ingat Pendrive, Flash drive dan Thumb drive tu adalah benda yang berlainan tapi rupanya semua tu adalah Pendrive yang beza cuma nama jer...huhuhu. Bila kat low yatt semalam baru aku tau. Memalukan jer!

Pendrive tu adalah brand. Seperti yang orang cakap, macam maggie la. Maggie tu adalah brand untuk mee segera tapi habis semua mee segera disebut nye maggie.....
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign