Lupa adalah perkara biasa bagi manusia terutama apabila dalam keadaan tertekan, hilang tumpuan, terlalu sibuk, badan kurang sihat atau pengambilan ubat-ubatan.
Tidak perlu dirisaukan sekiranya kita terlupa tentang tarikh penting dalam sejarah, nama seseorang atau harga sesuatu barang. Bagaimanapun sekiranya sering lupa tentang perkara baru atau maklumat baru, itu adalah petanda awal penyakit Alzheimer.
Pakar sains menyarankan beberapa makanan yang dapat membantu kecergasan otak seperti pelbagai vitamin B kompleks iaitu sayuran hijau, bijirin lengkap, beri, badan, walnut, telur, minyak ikan omega 3, biji labu, biji matahari, adpokat dan brokoli.
Perkara2 yang boleh dilakukan untuk menguatkan ingatan ialah seperti :-
- Sentiasa menulis. Tulis apa saja spt diari, catatan harian, sajak, pantun, lirik lagu, resepi dan lain-lain.
- Latih otak untuk mengingati sesuatu dengan memberi tumpuan sepenuh hati supaya maklumat yang tersimpan akan kekal dalam peti ingatan. Ini kerana maklumat yang dikutip sambil lewa hanya mampu bertahan beberapa minit atau sehari dua jer dalam otak kita dan ia akan hilang dengan semulajadi.
- Gunakan gambaran yang boleh mengaitkan maklumat agar mudah diingati.
- Lakukan senaman otak dengan membaca, sentiasa berfikir, cuba silang kata, sudoku, belajar sesuatu kemahiran baru dan lain-lain.
- Lakukan juga senaman badan dengan berjalan atau mengemas rumah.
- Biasakan meletak atau menyimpan sesuatu ditempat yang sama.
- Berbincang dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan.
- Berbincang dan bercakap hal yang merangsangkan minda.
- Elakkan melakukan perkara2 yang boleh merosakkan otak spt merokok, meninggalkan sarapan, terlebih makan, mengambil terlalu byk gula, tidur menyelubungi kepala, tidak cukup tidur, tidak merehatkan otak.
- Kurangkan makanan yang masam spt jeruk kerana akan melemahkan otak.
- Jangan makan organ dalaman haiwan spt hati ayam dan lembu, jantung, limpa dan perut kerana kandungan darah yang banyak pada organ tersebut tidak baik untuk kesihatan otak.
- Jangan makan atau minum jika dicemari semut kerana semut mengandungi bahan kimia yang boleh melemahkan daya ingatan.
P/s = Cuba nak belajar sudoku...
No comments:
Post a Comment