Monday, October 15, 2012

RESEPI BURGER

Sejak dua menjak ni aku teringin jer nak makan burger yang banyak mayonis dan cheese. Try beli kat depan umah aku tu tapi tak cukup kaw..tak puas hati betul la! Oleh kerana keinginan yang membuak-buak mengalahkan orang pregnant yang tengah mengidam, aku pun mencari resepi di serata website..Maknenye DIY la.. Percubaan pertama yang amat membanggakan diri sendiri.. Memang kaw2 giler aku letak mayonis but cheese takde coz aku tak tau mane nak cari cheese untuk burger... Puas hati dapat makan 2 biji sorang... Tengok!tengok!..ni la hasil burger yg aku buat.




















Bahan-bahan:-

1 Peket Roti burger (6biji)
1 Peket Daging burger Ramly (6biji)
Daun salad
Lada sulah
Mayonis
Sos cili
Marjerin





Cara membuatnya:-

1) Roti dibelah 2 dan disapu marjerin skit.
2) Panaskan kuali dan masukkan roti yg telah disapu marjerin tadi. Tak perlu letak minyak masak yer..Roti tu masak sekejap jer bagi ade garing-garing sikit kat tepi. Then angkat.
3) Pastu masukkan sedikit marjerin dalam kuali dan goreng daging burger pulak. Juga tak perlu guna minyak masak. Tabur skit lada sulah atas daging burger tu then balik-balikkan.
4) Sementara menunggu daging burger masak, boleh la potong-potong daun salad. Tak payah potong kecik-kecik just koyak-koyak dengan tangan jer..
5) Letak mayonis dan sos cili pada roti lapisan bawah,letakkan pulak daun salad, then letak daging burger, letak lagi mayonis dan sos cili, letak lagi daun salad and the last letak roti lapisan atas.
6) Boleh ler dimakan...Dalam 1 week dah 4 kali buat..hehehe
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign