Tuesday, November 20, 2012

PETUA LAMA: MELENTIKKAN BULU MATA


Daun Lidah Buaya

Sapu lendir daun lidah buaya pada bulu mata sebelum tido.
Amal lah selalu dan akan melentik lah si bulu mata itu.
Yang xde daun lidah buaya tu, sila dtg amik kat umah i yer.
i ade tanam 1 pasu..hikhik!



Minyak Sapi

Sapu minyak sapi kat bulu mata setiap malam. Kena rajin ye
klo nak lihat hasilnye...











P/s = Masih xdpt nk disiplinkan diri untuk bersenam..
Terima Kasih

MANTAPKAN DAYA INGATAN

Menurut pakar penyelidikan penuaan, daya ingatan manusia akan menurun bersama peningkatan usia. Daya ingatan kita terbatas dan keupayaan menyimpan maklumat merosot bersama kepantasan mengingatinya. Otak boleh diibaratkan seperti komputer yang menyusun dan menyimpan data dalam beberapa fail. Apabila usia meningkat, lebih banyak fail dicipta dan semakin ia menjadi semakin padat.

Lupa adalah perkara biasa bagi manusia terutama apabila dalam keadaan tertekan, hilang tumpuan, terlalu sibuk, badan kurang sihat atau pengambilan ubat-ubatan.
Tidak perlu dirisaukan sekiranya kita terlupa tentang tarikh penting dalam sejarah, nama seseorang atau harga sesuatu barang. Bagaimanapun sekiranya sering lupa tentang perkara baru atau maklumat baru, itu adalah petanda awal penyakit Alzheimer.

Pakar sains menyarankan beberapa makanan yang dapat membantu kecergasan otak seperti pelbagai vitamin B kompleks iaitu sayuran hijau, bijirin lengkap, beri, badan, walnut, telur, minyak ikan omega 3, biji labu, biji matahari, adpokat dan brokoli.

Perkara2 yang boleh dilakukan untuk menguatkan ingatan ialah seperti :-

  • Sentiasa menulis. Tulis apa saja spt diari, catatan harian, sajak, pantun, lirik lagu, resepi dan lain-lain.
  • Latih otak untuk mengingati sesuatu dengan memberi tumpuan sepenuh hati supaya maklumat yang tersimpan akan kekal dalam peti ingatan. Ini kerana maklumat yang dikutip sambil lewa hanya mampu bertahan beberapa minit atau sehari dua jer dalam otak kita dan ia akan hilang dengan semulajadi.
  • Gunakan gambaran yang boleh mengaitkan maklumat agar mudah diingati.
  • Lakukan senaman otak dengan membaca, sentiasa berfikir, cuba silang kata, sudoku, belajar sesuatu kemahiran baru dan lain-lain.
  • Lakukan juga senaman badan dengan berjalan atau mengemas rumah.
  • Biasakan meletak atau menyimpan sesuatu ditempat yang sama.
  • Berbincang dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan.
  • Berbincang dan bercakap hal yang merangsangkan minda.
  • Elakkan melakukan perkara2 yang boleh merosakkan otak spt merokok, meninggalkan sarapan, terlebih makan, mengambil terlalu byk gula, tidur menyelubungi kepala, tidak cukup tidur, tidak merehatkan otak.
  • Kurangkan makanan yang masam spt jeruk kerana akan melemahkan otak.
  • Jangan makan organ dalaman haiwan spt hati ayam dan lembu, jantung, limpa dan perut kerana kandungan darah yang banyak pada organ tersebut tidak baik untuk kesihatan otak.
  • Jangan makan atau minum jika dicemari semut kerana semut mengandungi bahan kimia yang boleh melemahkan daya ingatan.
  •  

P/s = Cuba nak belajar sudoku...



Terima Kasih

KONFLIK ANTARA MR.BOS



Bila mendapat tahu ade konflik antara bos n share partner nye, aku mjadi serba salah..
Mungkin kah mereka akan berpecah dan mugkin kah aku akan kehilangan kerja??


Namun, alhamdulillah khidmat aku masih diperlukan. Aku telah ditawarkan oleh salah seorang bos aku untuk bekerja dgn nye di syarikat baru. First,ofcos la aku hepi sb kerja aku dihargai selama ini but...tetiba lak aku rase serba salah..Yela,dua2 adalah mr.bos yang baik.

First aku kerja di sini, bidang construction adalah begitu asing bagi aku. Banyak yang aku nak kena belajar dari a-z..Apatah lagi sume aku kena belajar sendiri. Berkat dari selalu kena marah, akhirnye aku dah dapat mendalami bidang ni. Tapi xde la dalam sangat pon..

Tapi tetiba lak aku nak kena tukar ke bidang lain. x tau la cam mne nti. Mau kelam kabut otak aku nih nak menerimanye!

Aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku ni.Amin...




P/s = Apply keje gov dah bertahun2 tp x pernah dpt..huhuhu!!



Terima Kasih

Monday, November 12, 2012

KAD KOMUTER 1 MALAYSIA - RM1.00

Balik keje jumaat ari tu,aku together with shima telah singgah kat kl sentral..
Bukan untuk shopping ye but untuk buat kad diskaun komuter..walaupon kteorg jarang2 sgt nek komuter ni tp kiteorg xkan lepaskan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat 1malaysia...

Yang blom daftar baik pegi cepat2 sb last date untuk daftar ialah 22 Nov ni..Bayaran cuma RM1.
Kat kl sentral, dorang ade bukak kaunter khas untuk daftar kad ni iaitu kt tkt atas sebelah kedai sun magazine. So,korang xyah la nk Q pjg2 dgn org yg nk bli tiket tu...Ambik borang kat kaunter yang disediakan dan isi kat situ terus. Meja dan pen telah disediakan. Jangan lupe salianan i/c. Photostat jer kt kedai sun magazine tu,40 sen sekeping...Kad akan dapat terus..
Cara gunanye, mase nak bli tiket komuter, tunjukkan jer kad kat petugas kaunter. Tiket hanya boleh dibeli di kaunter jer krn machine tiada kemudahan touch...ofcos la...

Ni aku pnye kad...hihi... :-





P/s =  Suka kumpul kad,xkire kad ape2 pon...



 
Terima Kasih

Thursday, November 8, 2012

TUKAR IC BARU DI JPN PUTRAJAYA

Pagi-pagi lagi aku dah bertolak ke Putrajaya dengan ditemani oleh mr.pie..ehh, patut nye mr.pie la ditemani
aku sebab die yg ajak aku temankan die semalam...xgitu ke?

Sampai sana, x tau nak parking mane. Last2 aku nampak ramai jer org parking kete n moto
kt taman  sebelah JPN tu,so aku pon join la skali...Mgkn kt situ la kot tmpt parking JPN.
Dah msuk jer dlm bangunan tu sume jadi mudah. Walaupon first time dtg,konfem x sesat pye
sb sume die tulis besar2..Lagipun time nak amik no.giliran tu,ade staff yg membantu. Ckp jer nk wat urusan ape, die akan bagi no.giliran dan akan tunjukkan tempat menunggu dengan senyuman mesra....

Alang2 aku dah pegi situ,tiba2 teringin lak nak tukar ic baru gak. Ic aku xrosak pon just bengkok skit jer sb dulu aku ske sgt letak kt poket blkg. Kna bayar RM10 jer..
Urusan mmg cepat. Time amik gmbar lak just beberapa saat jer..x sampai setengah jam sume dah setel cma ic kna amik slps 24jam. Makne nye 1 ari dah bleh siap tp kna dtg 2kli gak..So,aku plan nak dtg amik sabtu ni..






P/s =  Teringin betul nak keje kat Putrajaya ni....



 





Terima Kasih

Tuesday, November 6, 2012

HUJAN Oh HUJAN

Kerana main ujan 2 ari lepas,ari nih aku rse cm nk demam jer..huhu..
Tekak pon rse semcm jer dan tiada selera mkn.. Hope lps nih berat bdn aku turun ler..
Tetiba lak aku teringat kate2 aku kt shima waktu die demam ari tuh.. Korang tau ape aku ckp?
Bleh plak aku ckp "klo demam bleh kuruskan bdn,aku nk demam gak la"...hehe..bkn ape,tetibe aku tgk si shima tu kecik semacam jer.. ingat die pkai produk pelangsingan ape,rupenye demam..huhu.. Bkn main ujan pon..Ari tu duk tgh tgu bas kat kl sentral tetiba lak ujan turun. Korang tau2 jelah bustop kt situ just 1 jer dan pastinye ia tlh dipenuhi oleh org2 yg begitu asing bg aku..dan aku hye mampu berteduh dibawah pokok dan dgn harapan bas segera dtg..tp hampeh btul!Aku dah basah kuyup baru die nk sampai..






P/s = Mesti katak yang panggil ujan nih!
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign