Friday, March 17, 2017

CARA KEKALKAN HUBUNGAN JARAK JAUH


 1- SENTIASA BERTANYA KHABAR
Setiap pagi jangan lupa untuk mengejutkan si dia yang jauh di mata. Dengan cara itu, pasti si dia sentiasa berada dekat dengan kita. Jika si dia jatuh sakit, sentiasa bertanya tahap kesihatannya. Walau jauh tetapi andai sikap anda yang mengambil berat itu pasti dia akan tersenyum sentiasa.

2- DUNIA DI HUJUNG JARI
Facebook, Skype, Yahoo Mesenger atau Gtalk adalah alternatif yang termudah dan terpantas untuk berhubung dengan si dia. Yang jauh pasti akan sentiasa dekat denganmu.

3-  SELALU MENGHANTAR SMS KEPADA DI DIA
Tidak perlu setiap waktu anda menghantar mesej pada pasangan. Cukup sekadar bertanya keadaannya pada waktu itu dan aktiviti seterusnya. Jangan menggangunya sekiranya si dia sedang melakukan pekerjaan.

4- SETIA PENGIKAT DIRI
Curang atau berlaku tidak jujur akan membinasakan hubungan terutama apabila berjauhan. Cuba erlaku setia dengan pasangan anda. Ingat kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat pasti akan terjatuh juga."

5- MESRA WALAU JAUH
Walau diri berjauhan, pastikan anda kerap mengutus kata-kata manis dan romantis kepada si dia. Hatinya pasti berbunga-bunga.


p/s : sumber dari Qaseh



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign