OREN APRIKOT
Lebih lapar di meja makan!
Gunakan warna oren aprikot pada dinding ruang makan anda. Kajian menunjukkan warna ini boleh meransang hormon makan anda, selain memberikan 'mood' rehat dan selesa.
KUNING MERNTARI
Ceriakan hari anda!
Warna kuning selalu dikaitkan dengan keceriaan, kegembiraan dan sikap optimistik kerana warna ini boleh mengaktifkan minda, meransang sistem saraf dan membantu anda menjadi lebih kreatif. Gabungkan kuning dengan warna putih, selain penggunaan kerusi keemasan bagi menyerlahkan gaya tradisional.
KUNING GELAP
Segar dan menenangkan!
Sentuhan warna kuning gelap pada dinding bilik tidur anda akan memberikan keselesaan yang maksimum. Selain selesa, kuning memberi gambaran luas pada bilik anda. Jika anda meminati konsep klasik, anda boleh gunakan kertas dinding bercorak kayu berwarna kuning gelap.
OREN KEMERAHAN
Menonjol tapi tidak ketara!
Warna oren kemerahan sangat cantik jika anda bijak padankannya. Jika anda meminati warna ini, cuba seimbangkan dengan warna biru cool blue untuk mendapatkan hasil yang menarik dan anda akan dapati ruangan anda lebih menonjol walaupun anda tidak menggunakan warna-warni terang.
OREN GELAP
Warna versatail!
Warna oren gelap sebenarnya mempunyai fungsi yang berbeza pada waktu yang berbeza. Pada waktu siang, warna ini memberikan tenaga kepada anda. Namun, pada waktu malam, warna ini akan membuatkan anda musah terlelap.
No comments:
Post a Comment