Tuesday, March 21, 2017

PSIKOLOGI WARNA: EKSPRESIKAN GAYA ANDA DENGAN WARNA



OREN APRIKOT

Lebih lapar di meja makan! 
Gunakan warna oren aprikot pada dinding ruang makan anda. Kajian menunjukkan warna ini boleh meransang hormon makan anda, selain memberikan 'mood' rehat dan selesa.



KUNING MERNTARI

Ceriakan hari anda! 
Warna kuning selalu dikaitkan dengan keceriaan,  kegembiraan dan sikap optimistik kerana warna ini boleh mengaktifkan minda, meransang sistem saraf dan membantu anda menjadi lebih kreatif. Gabungkan kuning dengan warna putih, selain penggunaan kerusi keemasan bagi menyerlahkan gaya tradisional.


KUNING GELAP

Segar dan menenangkan! 
Sentuhan warna kuning gelap pada dinding bilik tidur anda akan memberikan keselesaan yang maksimum. Selain selesa, kuning memberi gambaran luas pada bilik anda. Jika anda meminati konsep klasik, anda boleh gunakan kertas dinding bercorak kayu berwarna kuning gelap.


OREN KEMERAHAN


Menonjol tapi tidak ketara! 
Warna oren kemerahan sangat cantik jika anda bijak padankannya. Jika anda meminati warna ini, cuba seimbangkan dengan warna biru cool blue untuk mendapatkan hasil yang menarik dan anda akan dapati ruangan anda lebih menonjol walaupun anda tidak menggunakan warna-warni terang.

OREN GELAP

 

Warna versatail! 
Warna oren gelap sebenarnya mempunyai fungsi yang berbeza pada waktu yang berbeza. Pada waktu siang, warna ini memberikan tenaga kepada anda. Namun, pada waktu malam, warna ini akan membuatkan anda musah terlelap.


 


Terima Kasih

Friday, March 17, 2017

CARA KEKALKAN HUBUNGAN JARAK JAUH


 1- SENTIASA BERTANYA KHABAR
Setiap pagi jangan lupa untuk mengejutkan si dia yang jauh di mata. Dengan cara itu, pasti si dia sentiasa berada dekat dengan kita. Jika si dia jatuh sakit, sentiasa bertanya tahap kesihatannya. Walau jauh tetapi andai sikap anda yang mengambil berat itu pasti dia akan tersenyum sentiasa.

2- DUNIA DI HUJUNG JARI
Facebook, Skype, Yahoo Mesenger atau Gtalk adalah alternatif yang termudah dan terpantas untuk berhubung dengan si dia. Yang jauh pasti akan sentiasa dekat denganmu.

3-  SELALU MENGHANTAR SMS KEPADA DI DIA
Tidak perlu setiap waktu anda menghantar mesej pada pasangan. Cukup sekadar bertanya keadaannya pada waktu itu dan aktiviti seterusnya. Jangan menggangunya sekiranya si dia sedang melakukan pekerjaan.

4- SETIA PENGIKAT DIRI
Curang atau berlaku tidak jujur akan membinasakan hubungan terutama apabila berjauhan. Cuba erlaku setia dengan pasangan anda. Ingat kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat pasti akan terjatuh juga."

5- MESRA WALAU JAUH
Walau diri berjauhan, pastikan anda kerap mengutus kata-kata manis dan romantis kepada si dia. Hatinya pasti berbunga-bunga.


p/s : sumber dari Qaseh



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign