Saturday, October 24, 2015

RESEPI SAMBAL BELACAN





BAHAN-BAHAN

2 biji cili besar
10 biji cili hijau - kurangkan jika tak nak pedas
Sedikit garam
2 sudu kecil gula
Belacan
Asam Jawa
2 sudu besar air


CARA-CARA

1- Masukkan cili besar, cili hijau, belacan, garam dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk lumat.
2- Masukkan asam jawa bersama air ke dalam mangkuk dan ramas untuk dijadikan air asam jawa.
3- Tuangkan air asam jawa ke dalam lesung tadi dan gelek-gelek supaya air asam rata bersama cili yang ditumbuk tadi.
Tadaaaaaaaaaaaaa.....siap!
Terima Kasih

KEK MINYAK


Agak begitu lama aku tidak update blog. Masa begitu terhad dengan rutin harian membuatkan aku terpaksa lupakan seketika dunia taip menaip ni. Tak perlulah aku ceritakan apa rutin harian aku yang membuatkan aku menjadi seorang yang sangat-sangat sibuk tu. Nanti korang bosan pulak!

Oklah..tak nak cakap banyak just hari ni nak share resepi KEK MINYAK.
Jom try buat!

Bahan-bahan
5 biji telur gred A
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 s/b Ovellete
1 s/k esen vanilla
1 s/k baking powder

Cara buat
1- Panaskan oven dengan suhu 160c selama 10 minit.
2- Blend telur bersama gula hingga kembang.
3- Tuang adunan telur dan gula yang dah diblender tadi kedalam bekas mixer dan masukan ovelette. Pukul dengan mixer hingga kembang pekat.
4- Masukan esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi.
5- Kemudian masukan minyak masak dan pukul biar rata.
6- Masukan baking powder dan tepung gandum dan pukul lagi.
7- Bahagikan kepada 3 warna.
8- Sapu loyang 8" dengan marjerin.
9- Tuang adunan ke dalam loyang berselang-seli 3 warna dan bakar selama 45minit dengan suhu 160c.

Siap!!


Terima Kasih

Tuesday, February 3, 2015

NU SENTRAL MALL, KL SENTRAL




Hari ni planning nak jalan-jalan kat One City Mall, Subang Jaya..Tapi tetiba pulak kereta buat hal. Oleh kerana kiteorang dah pun bersiap-siap cantik bagai so kiteorang buat keputusan untuk pergi ke shopping mall terdekat jer. So, kiteorang pergilah ke Nu Sentral Mall, KL Sentral dengan menaiki motosikal...5 minit jer dari rumah kiteorang...Oleh kerana tak pasti parking motosikal kat mana, kiteorang parking jer kat Kl Sentral then berjalan masuk ke KL Sentral and menaiki eskalator ke Nu Sentral Mall....

Boleh dikatakan semua kedai ada kat dalam Nu Sentral ni. Dah macam Midvalley dah. Cuma bezanya kat Nu Sentral ni takde pasaraya seperti Aeon Big atau Jusco iaitu tempat yang boleh kita beli ikan, ayam dan barang-barang basah lain. 

Kiteorang takde shopping sangat pun. Aku just beli sehelai long pants kat parkson, then pusing-pusing and makan-makan.. 

******************************************************************************

Hidup tak lengkap tanpa berselfie..


 
 Budak kecik ni dah pandai bergaya bila bergambar..
peace!!








   
Terima Kasih

Monday, February 2, 2015

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN






Hari ini aku takde plan nak kuar jalan-jalan melainkan ke car wash. 
Memandangkan aku stay kat rumah jer so rajin le aku nak masak. Sambil-sambil masak tu aku nak kongsikan resepi kat korang apa yang aku masak hari ini iaitu Kangkung Goreng Belacan..Heheeee





BAHAN-BAHAN

2 ikat kangkung - potong, bersihkan dan toskan
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar belacan
Garam
Sedikit air 
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK

1- Tumbuk bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
2- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
3- Masukkan garam. Jangan banyak yer sebab belacan dah masin.
4- Masukkan kangkung dan kacau rata
5- Masukkan air dan biarkan seketika hingga kangkung masak.
Siap untuk dihidangkan.....
 
 
Terima Kasih

Thursday, January 1, 2015

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015






Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign