Monday, February 2, 2015

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN






Hari ini aku takde plan nak kuar jalan-jalan melainkan ke car wash. 
Memandangkan aku stay kat rumah jer so rajin le aku nak masak. Sambil-sambil masak tu aku nak kongsikan resepi kat korang apa yang aku masak hari ini iaitu Kangkung Goreng Belacan..Heheeee





BAHAN-BAHAN

2 ikat kangkung - potong, bersihkan dan toskan
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar belacan
Garam
Sedikit air 
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK

1- Tumbuk bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
2- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
3- Masukkan garam. Jangan banyak yer sebab belacan dah masin.
4- Masukkan kangkung dan kacau rata
5- Masukkan air dan biarkan seketika hingga kangkung masak.
Siap untuk dihidangkan.....
 
 
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign