Aku
harap
keputusan aku untuk berhenti kerja tidak akan membuatkan aku menyesal
kerana mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk aku.
Aku
tak sanggup lagi menghadapi semua yang datang bertimpa-timpa. Aku tak sanggup
lagi menjadi mangsa kesilapan orang lain. Bukannya aku lemah atau tak boleh
hadapi tekanan dalam kerja tapi aku tak sanggup lagi diperkotak katikkan,
sentiasa dipersalahkan, dijadikan seperti kambing hitam dan sebagainya. Aku rasa
kesabaran aku setakat ini sahaja.
Aku
tak pernah bantah atas setiap arahan walaupun apa yang disuruh diluar bidang
kerja aku iaitu sebagai Admin. Kadang-kadang aku merungut dalam hati kerana
kepenatan tapi aku tidak pernah kisah walau semua kerja aku kena buat, aku tak
kisah tidak dibayar OT walaupun kadang-kadang aku terpaksa stay kat ofis hingga
7malam dan aku tak pernah kisah walau gaji aku tak naik-naik. Aku sentiasa
diarahkan untuk tolong orang lain siapkan kerja mereka hingga kerja aku sendiri
pun tak siap-siap. Namun, apa yang aku buat langsung tidak dihargai malah masih
ada yang tidak memuaskan hati dia. Apa yang aku buat ada saja yang tak kena
dimatanya. Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan untuk puaskan hati semua
orang.
Aku
sudah terlalu penat melayan karenah semua orang yang macam-macam hal. Bos yang
tak tahu menghargai pekerja dan rakan sekerja yang sentiasa dengki dan iri
hati, yang tak pernah menghargai aku sebagai orang yang memilih dia untuk
bekerja disini. Biarlah dia dengan caranya. Semoga dia sedar atas yang dia lakukan.
Aku dah malas nak fikir lagi.
Rezeki pasti ada dimana-mana kerana bumi Allah ini terlalu luas untuk kita. Aku berharap aku akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dari tempat ini. Amin……