Tuesday, June 18, 2013

RAHSIA MENGEKALKAN KEAYUAN

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan
tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi,
fizikal dan mental.

2) Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
Wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.

3) Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh.

4) Jangan tidur siang hari.

5) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang
lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

6) Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan
perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti
'tolong' serta 'minta maaf'.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi 
seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan 
menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

7) Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan
yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan 
buah-buahan segar patut selalu dimakan.
Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.


8) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.



9) Jangan banyak berangan.



10) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan

rambut tapi jangan terlalu kerap.
Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100
kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

11) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi
dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.

12) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah
dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi,
eloklah sila panggung. Jangan mengangkang.
Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap.
Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

13) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana.
Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

14) Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang
sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada
apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu
kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.

15) Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau
saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

16) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi
dari merungut.

17) Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


*************************************************

P/s = Semoga berjaya menjadi wanita ayu.

Terima Kasih

Wednesday, April 17, 2013

CINTA YANG MENYAKITKAN


Terima Kasih

Thursday, February 28, 2013

JALAN-JALAN CARI BURGER GERGASI

Gara-gara tengok Majalah 3 hari tu, adik aku mengidam nak makan burger gergasi.
Dengan bantuan incik google, satu tempat telah dikesan yang menjual burger gergasi ni di area KL iaitu di Seksyen 7,Shah Alam.

Oleh kerana aku tak berapa familiar area Shah Alam ni melainkan i-city jer, aku terpaksa minta tolong incik google lagi. Setelah faham akan petunjuk incik google, esoknya aku terus pergi memandangkan hari tersebut adalah public holiday.

Sebagai pengguna tegar public transport, so ofcos la aku pergi dgn tren.
Tengahari baru gerak ke komuter Midvalley then turun kat KL Sentral untuk tukar tren ke Port Klang.
Turun kat stesen Padang Jawa, aku ambik cab untuk ke Seksyen 7. Sebelum tu incik google telah bagitau aku yang kedai burger gergasi tu kat Kompleks Anjung 7,Seksyen 7 bersebelahan dengan  UNISEL so senang skit la aku nak inform kat driver teksi tu.

Perut tak henti-henti menyanyi lagu pop rock dari tadi so burger tu aku tapau jer. Nasi jugak yang dicari. Takkan nak makan burger kot tengahari buta nih!


Kitorang makan nasi kukus ayam penyet jer.
Murah dan cepat....
Nasi beriani arab pun nampak cam
best jer tapi kena Q panjang lebar............









 



 
 Antara aksi-aksi orang kelaparan dan terlapar :-















 Aksi-aksi watak utama :-










Burger plak kitorang makan malam kat rumah. Camne la berat badan aku nk turun nih!
Sampai kat rumah,burger dah senget skit...hihi!



















Ni burger yang bersize 500g jer. Aku beli 2 biji. 1 biji RM20, tambah cheese 1 keping RM1.
1 daging berperisa BBQ dan 1 lagi berperisa Black pepper......Uish,dasyat!!!





P/s= Nak cuba burger bakar plak pasni..





 
Terima Kasih

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua my buddy..

Azam tahun ni?Emm.....Oleh kerana banyak perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ini, aku tak sempat nak berfikir tentang azam aku untuk tahun baru ni. Mungkin forward azam yang tahun lepas jer kot. Hehe..

Aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan aku selepas ini. Aku akan mulakan hidup baru dengan penuh bermakna tanpa mengulangi kesilapan lalu. Aku ingin berjaya dalam hidup ini dan akan cuba untuk mengubah nasib hidup aku sekeluarga...InsyaAllah!

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku di Kelana Centre Point,Kelana Jaya. Esok aku akan start kerja ditempat baru. Sedih sangat2. Terpaksa meninggalkan busmate dan kwn2 kat sini..
Konflik antara kedua2 mr.bos aku meyebabkan aku menjadi mangsa keadaan.
Aku harap keputusan aku ini akan memberikan kehidupan yang lebih baik buat aku.
Amin!!
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign