Thursday, February 28, 2013

JALAN-JALAN CARI BURGER GERGASI

Gara-gara tengok Majalah 3 hari tu, adik aku mengidam nak makan burger gergasi.
Dengan bantuan incik google, satu tempat telah dikesan yang menjual burger gergasi ni di area KL iaitu di Seksyen 7,Shah Alam.

Oleh kerana aku tak berapa familiar area Shah Alam ni melainkan i-city jer, aku terpaksa minta tolong incik google lagi. Setelah faham akan petunjuk incik google, esoknya aku terus pergi memandangkan hari tersebut adalah public holiday.

Sebagai pengguna tegar public transport, so ofcos la aku pergi dgn tren.
Tengahari baru gerak ke komuter Midvalley then turun kat KL Sentral untuk tukar tren ke Port Klang.
Turun kat stesen Padang Jawa, aku ambik cab untuk ke Seksyen 7. Sebelum tu incik google telah bagitau aku yang kedai burger gergasi tu kat Kompleks Anjung 7,Seksyen 7 bersebelahan dengan  UNISEL so senang skit la aku nak inform kat driver teksi tu.

Perut tak henti-henti menyanyi lagu pop rock dari tadi so burger tu aku tapau jer. Nasi jugak yang dicari. Takkan nak makan burger kot tengahari buta nih!


Kitorang makan nasi kukus ayam penyet jer.
Murah dan cepat....
Nasi beriani arab pun nampak cam
best jer tapi kena Q panjang lebar............









 



 
 Antara aksi-aksi orang kelaparan dan terlapar :-















 Aksi-aksi watak utama :-










Burger plak kitorang makan malam kat rumah. Camne la berat badan aku nk turun nih!
Sampai kat rumah,burger dah senget skit...hihi!



















Ni burger yang bersize 500g jer. Aku beli 2 biji. 1 biji RM20, tambah cheese 1 keping RM1.
1 daging berperisa BBQ dan 1 lagi berperisa Black pepper......Uish,dasyat!!!





P/s= Nak cuba burger bakar plak pasni..





 
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign