Friday, November 7, 2014

NEKAD BERHENTI KERJA

 

Aku harap keputusan aku untuk berhenti kerja tidak akan membuatkan aku menyesal kerana mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk aku.
Aku tak sanggup lagi menghadapi semua yang datang bertimpa-timpa. Aku tak sanggup lagi menjadi mangsa kesilapan orang lain. Bukannya aku lemah atau tak boleh hadapi tekanan dalam kerja tapi aku tak sanggup lagi diperkotak katikkan, sentiasa dipersalahkan, dijadikan seperti kambing hitam dan sebagainya. Aku rasa kesabaran aku setakat ini sahaja.

Aku tak pernah bantah atas setiap arahan walaupun apa yang disuruh diluar bidang kerja aku iaitu sebagai Admin. Kadang-kadang aku merungut dalam hati kerana kepenatan tapi aku tidak pernah kisah walau semua kerja aku kena buat, aku tak kisah tidak dibayar OT walaupun kadang-kadang aku terpaksa stay kat ofis hingga 7malam dan aku tak pernah kisah walau gaji aku tak naik-naik. Aku sentiasa diarahkan untuk tolong orang lain siapkan kerja mereka hingga kerja aku sendiri pun tak siap-siap. Namun, apa yang aku buat langsung tidak dihargai malah masih ada yang tidak memuaskan hati dia. Apa yang aku buat ada saja yang tak kena dimatanya. Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan untuk puaskan hati semua orang.

Aku sudah terlalu penat melayan karenah semua orang yang macam-macam hal. Bos yang tak tahu menghargai pekerja dan rakan sekerja yang sentiasa dengki dan iri hati, yang tak pernah menghargai aku sebagai orang yang memilih dia untuk bekerja disini. Biarlah dia dengan caranya. Semoga dia sedar atas yang dia lakukan. Aku dah malas nak fikir lagi.


Rezeki pasti ada dimana-mana kerana bumi Allah ini terlalu luas untuk kita. Aku berharap aku akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dari tempat ini. Amin……
Terima Kasih

SIHAT DAN CANTIK UNTUK WANITA 30-an


 

Disini aku nak kongsi dengan korang tip-tip untuk cantik dan sihat ketika usia menjangkau angka 3 macam aku..oppss!hehehee

1- KAWAL PEMAKANAN
Kita perlu makan makanan yang seimbang untuk melambatkan proses penuaan. Kurangkan makanan berlemak,minuman berkafien, makanan ringan dan minuman ringan serta banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

2- GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Gunakan krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda. Tak semestinya yang mahal dan berjenama sesuai dengan kulit anda yer. Krim pelembap ini penting untuk mengembalikan keanjalan dan kelembapan kulit yang telah berkurang.

3- ELAK DARI PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan wajah anda terdedah dengan cahaya matahari dalam jangkamasa yang lama. Ini akan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kelembapan akan berkurang. Ini akan membawa kepada kekeringan.

4- SENTIASA BERSENAM
Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan.

5- MINUM BANYAK AIR KOSONG
Air dapat melambatkan proses penuaan. Air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit wajah. Selain itu, air juga penting bagi proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.


6- AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin amat digalakkan untuk wanita yang berumur 30-an. Kebanyakkan wanita masa kini jarang mengamalkan pemakanan yang seimbang disebabkan sibuk dengan tugasan dirumah mahupun dipejabat. Oleh itu, vitamin amatlah penting untuk mereka.

7- ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Seelok-eloknya gunalah mekap yang bersederhana dan nipis. Menggunakan foundation yang tebal dan lipstik yang merah menyala membuatkan anda nampak lebih tua dan garang.

8- POSITIF, CERIA DAN SELALU BERSAMA ORANG TERSAYANG
Kehadiran orang tersayang di sekeliling akan membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign