Professor Amina Wadud, seorang profesor Pengajian Islam
di Virginia Commonwealth University telah mengerjakan solat Jumaat (dalam
gereja) dan menjadi iman. Jemaah sekitar 100 lebih orang ini bercampur lelaki
dan wanita.
..........................................................................................
Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang tersohor memberikan
penghormatan dan menaikkan martabat kaum wanita diketika dunia Eropah masih
dalam belenggu kegelapan. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang
wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah adalah wanita jua.
Islam telah lengkap sebagai satu peraturan hidup yang diterima penganutnya,
sesuai untuk sepanjang zaman sehingga hari akhirat. Cuma sejak akhir-akhir ini
ekoran peristiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas
baru oleh para pengganggunya dengan menggunakan individu dan badan Islam yang
bobrok bagi menjuarai trend sesatini.
Isu umpama GENDER EQUALITY ataupun persamaan hak khusus untuk golongan wanita
mula diumpan dan dimain-mainkan. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita
dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak
wanita untuk mengundi dalam pilihan raya, banyak negara Islam yang mengamalkan
demokrasi memberikan hak ini umpama Malaysia dan Iran. Kalau ada negara
contohnya tidak membenarkan wanita menjadi calon, banyak negara Islam yang
mengamalkan demokrasi mengizinkannya, malah Iran sehingga membenarkan calon
wanita untuk Naib Presiden.
Yang tidak dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah
menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw,
diamalkan dari zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat
Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki dan khatib serta imamnya
adalah lelaki belaka sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Tiba-tiba Jumaat lalu dunia Islam dikejutkan apabila ada segolongan kecil di
Amerika Syarikat diketuai oleh Professor Amina Wadud, seorang profesor
Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University telah mengerjakan solat Jumaat (dalam gereja) diimamkan oleh Aminah
sendiri. Jemaah sekitar 100 lebih orang ini bercampur lelaki dan wanita.
Di dalam Harakahdaily bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudeen
berkata:
Sembahyang yang diimamkan oleh wanita yang makmumnya terdiri daripada lelaki
dan wanita adalah tidak sah.
Malah Sheikhul Azhar sebagaimana dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak
membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum
lelaki.
Bagi saya peruntukkan hukum telah jelas dalam hal ini. Soal sama ada Aminah
merupakan professor tidaklah merupakan lesen bagi beliau untuk memberikan
tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.
Namun yang menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka
yang kurang jelas pemahaman Islamnya dan memang pula merupakan juara dalam
bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam. Sebagai contoh
dalam UTUSAN hari ini Astora Jabat memberikan liputan meluas terhadap aksi
Aminah dengan sokongan yang tinggi melangit.
Aminah memang merupakan rakan akrab
kepada Marina Mahathir dan pertubuhan Sisters in Islam. Oleh itu atas
nama perjuangan GENDER EQUALITY jangan
terkejut perkara ini kelak dituruti secara buta oleh individu dan badan yang
seumpamanya ini dalam negara kita. Oleh itu para mufti perlu segera bertindak
menyelamatkan maruah dan martabat agama di negara kita, segerelah bertindak
sebelum Stadium Bukit Jalil umpamanya menjadi lokasi solat Jumaat pertama yang
diimamkan oleh Marina ataupun Shahrizat ataupun entah siapa-siapa lagi wanita
Islam keliru dalam negara kita.
Saya pasti dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja
dan menyokong usaha sesat ini demi memecahbelahkan agama kita, tambahan ada
pula barua yang sanggup mengerjakannya. Jangan biarkan perkara ini berlaku!
Terima Kasih