1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan
tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi,
fizikal dan mental.
2) Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
Wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.
3) Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh.
4) Jangan tidur siang hari.
5) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang
lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
6) Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan
perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti
'tolong' serta 'minta maaf'.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi
seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan
menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
7) Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan
yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan
buah-buahan segar patut selalu dimakan.
Gunakan sabun
yang tidak merosakkan kulit.
8) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
9) Jangan banyak berangan.
10) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan
rambut tapi jangan terlalu kerap.
Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100
kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
11) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi
dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.
12) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah
dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi,
eloklah sila panggung. Jangan mengangkang.
Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap.
Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
13) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana.
Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
14) Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang
sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada
apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu
kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.
15) Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau
saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
16) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi
dari merungut.
17) Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
*************************************************
P/s = Semoga berjaya menjadi wanita ayu.