Friday, December 7, 2012

BUDAK 1 THN 6BLN & LAPTOP



Putri NurNadeera...is my adopted daughter.
Sekarang dah nak masuk 2 tahun.

Bukak jer laptop terus die datang duk depan sekali,betul-betul mengadap laptop.
Jangan harap bleh sentuh laptop selagi die ade kat depan tu...
Kalau dah mengamuk memang susah nak pujuk so kena layan jela.. 

Kena tunggu die tidur dulu baru la kite plak yang bleh ambik alih tempat
die tu..huhu


P/s= Zaman kite kecik2 dulu main masak2 jer!





Terima Kasih

RESEPI PULUT DURIAN


Memandangkan sekarang ni adalah musim durian, so aku nak kongsi
satu resepi iaitu resepi pulut durian.
Sebelum tu pergi beli durian dulu yer kat pasar malam atau kat tepi jalan. Beli yang murah-murah jer, satu longgok RM10.
Antara yang berlonggok tu pasti ada isi yang tak berapa enak dimakan
seperti keras @ terlebih masak.
Yang buruk berulat pun kadang-kadang ade jugak but yang tu buang jela. Dah takde rezeki la tu..
Isi durian yang keras @ terlebih masak tu la bleh digunakan untuk buat bubur durian dan dimakan dengan pulut.

First, masak pulut dulu..

Cara masak pulut sama jer macam masak nasi biasa.
Masak dalam rice cooker jer sebab lebih mudah.
Tak perlu guna pengukus kerana kukus mengukus ni agak cerewet skit. Setakat nak makan untuk 2-3 orang guna rice cooker jer.
Pastikan sukatan air sama banyak dengan beras pulut
tu yer..

Ni rupa pulut nasi yang telah masak..




Jom kita masak bubur durian lak..


Bahan-bahan :-

4-6 ulas isi durian
1 kotak santan segera
1 helai daun pandan
Gula melaka
2 s/b gula 
Sedikit garam


Cara masak :-

# Masukkan santan dan sedikit air kedalam periuk dan masak atas dapur.

# Masukkan gula melaka, gula, sedikit garam dan daun pandan.

# Bila gula melaka dah hancur, masukkan durian dan masak seketika.

Dah siap!! boleh la dimakan bersama-sama pulut.


Nyum!!Nyum!!......Sedap!


P/s= Tahniah kepada Tok dalang dalam citer upin ipin kerana telah        menjadi Raja Buah bagi tahun 2012 di kampung Durian                  Runtuh..kihkih 



Terima Kasih

NAPHCON A HILANGKAN MATA MERAH

Oleh kerana sejak akhir-akhir ni mata aku dah kabur dan kekeringan
mungkin faktor usia..kuikui!!, aku pun bersemuka dengan incik google
untuk mendapatkan info tentang masalah mata aku ni...Hasil daripada
pencarian aku, akhirnya aku dapat tahu yang aku mungkin mengalami masalah radang mata..
Radang mata berlaku akibat daripada jangkitan virus iaitu kuman dan bakteria. Salah satu cara untuk rawat adalah dengan menggunakan ubat titis.
Tapi sekiranya dah teruk, better pergi check kat klinik pakar mata.
Aku ada tanya gak 1 klinik kat kajang, dorang cakap kos untuk check mata ni dalam RM200 lebih gak. RM60 untuk jumpa doctor, RM150 untuk check mata termasuk ubat...


Aku rasa mata aku ni tak teruk sangat la so aku plan nak beli ubat titis jer..
Godek punya godek aku terjumpalah satu blog ni yang mengatakan bahawa ubat titis Naphcon A dapat menghilangkan merah mata dan menjadikan mata putih berseri. 
Biasanya artis-artis yang ramai pakai ubat titis ni.
Aku juga mengalami masalah mata merah sejak dari bertahun-tahun lagi so aku pun nak try gak la...

Petang tu, pulang dari kerja aku singgah kat guardian Midvalley untuk survey harga Naphcon A ni dan plan nak beli ubat untuk radang mata. Cari kat rak barang takde so aku pun ke kaunter farmasi guardian dan terus mata aku ternampak Napchon A ni kat rak farmasi tersebut.
Harganya cuma RM8.50 dan aku apa lagi terus beli la. Then aku pun tanyalah cashier kat situ ada tak ubat untuk radang mata. 
Cashier tu bagitau yang ubat Napchon A tu lah ubat radang mata.
Ohh gitu ker,2 in 1 la ni..Sy suka!sy suka!Jimat aku...

Malam tu aku terus guna ubat titis ni. 2 drop kiri,2 drop kanan dan lepas beberapa jam aku pun tengok cermin. Cam tak caya jer, ubat ni betul-betul berkesan untuk hilangkan mata merah.
Korang bayangkan, aku memang ada masalah mata merah
di right side sejak 5 tahun lalu dan hanya dengan sekelip mata jer ia hilang dan mata aku jadi lebih putih. Awesome btul!!

Bagi yang ade masalah mata merah@kuning sebab tak cukup tidur ke ape ke, bleh la cuba Naphcon A keluaran Alcon ni...






Beli jangan tak beli. Cuma RM8.50 jer kat farmasi guardian juga terdapat di farmasi-farmasi lain..(hehe,aku lak yang terlebih promo mengalahkan toke ubat ni)!!



P/s= Naphcon A memang terbaik!!


Terima Kasih

Wednesday, December 5, 2012

PETUA LAMA: HILANGKAN BULU KETIAK

# Untuk hilangkan bulu ketiak, ambil biji jintan putih dan sedikit kapur dan gaul rata bersama air perahan limau nipis. Selepas bercukur, sapulah pada ketiak.

# Bagi menghalang bulu ketiak tumbuh,ambil kunyit hidup dan celupkan ke dalam kapur. Kemudian disapu pada ketiak.Sesuai untuk remaja yang belum tumbuh bulu ketiak.

# Untuk hilangkan hitam ketiak, campurkan sedikit kapur bersama-sama air perahan limau dan sapu pada ketiak.


P/s= Shaving more easily!
Terima Kasih

PETUA LAMA: HILANGKAN BAU KETIAK

# Ambil sebiji limau nipis yang dibelah dua dan sapu pada ketiak.

# Campurkan hampas teh dengan sedikit air garam dan sapu pada         ketiak. Bilas dengan air hangat atau sejuk.
Terima Kasih

ANTARA PENDRIVE, FLASH DRIVE & THUMB DRIVE

Semalam aku ke Plaza Low Yatt semata-mata untuk mencari something yang bernama Pendrive 16G. Actually dah berminggu aku nak beli benda alah ni tapi tak jumpa dengan harga yang berpatutan. Sebelum ni aku ada survey kat Carrefour Midvalley tapi oleh kerana aku memang buta teknologi,yang ada pun jadi takde.

Memang berlambak-lambak kat situ sebenarnya dan harga pun ada yang murah-murah jer tapi memandangkan kat cover tu tertulis Flash drive so aku tak beli la sebab mati-mati aku ingat Pendrive, Flash drive dan Thumb drive tu adalah benda yang berlainan tapi rupanya semua tu adalah Pendrive yang beza cuma nama jer...huhuhu. Bila kat low yatt semalam baru aku tau. Memalukan jer!

Pendrive tu adalah brand. Seperti yang orang cakap, macam maggie la. Maggie tu adalah brand untuk mee segera tapi habis semua mee segera disebut nye maggie.....
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign