Tuesday, October 2, 2012

BILA SECRET ADMIRE DI DEPAN MATA~Kisah 1


OMG!....Dia kat depan mata aku! Apa aku nak buat ni? ohh tidakkk!!

One day, dipagi yang indah lagi sunyi dan sepi…tetiba terdengar bunyi bip!bip!bip!...Alarm kat henpon aku berbunyi rupenye...lalu aku meraba2 kat bawah bantal mencari henpon yang sedang berbunyi itu sambil perlahan2 membuka mata..dan…dan…dan…ALAMAK!!!!!..jam menunjukkan kul 7 pagi..eh, macam nak pergi sekolah la pulak..
Ini lah padahnya kalau set jam asyik on jer dia punya snooze..
Lantas aku bergegas mandi dan siapkan diri ala kadar. Tudung pashmina yang biasa aku pakai ala-ala hana tajima dah jadi ala-ala serabai.
Setelah berhempas pulas berperang dengan masa, finally..aku pun berjaya berada didalam tren yang menuju ke arah kelana jaya..Gara-gara penat duk rushing tadi, aku pun duk bersandar pada palang besi kat tengah-tengah tren sambil duk termenung ke luar tingkap..My face time tu memang buruk giler dengan mata sembab dan tak bermaya 
(gara-gara bangun pagi mengejut), dengan tudung pashmina ala-ala aku sendiri..just imagine that. Ketika tren itu berhenti di universiti station, tiba-tiba ada seorang jejaka masuk kedalam tren tersebut dan berdiri didepan aku. Betul2-betul mengadap aku. Aku dapat rasakan sesuatu tapi tak berani nak mengangkat muka. Bila aku perasan yang dia menoleh ke arah lain, aku terus angkat muka dan..dan.aku memandang tepat ke wajahnya..OMG! Memang betul sangkaan ku. Memang dia si jejaka admire aku, kini sedang berdiri didepan ku. Jantungku berdegup kencang, wajahku merah padam. Alamak! kat mana la aku nak sorok wajah aku yg ugly nih! Lastly, aku tunduk jer sampai ke sudah…Poyo jer aku nih!
Pergerakkan tren ku rasakan begitu lambat sekali membuatkan perjalanan ke Kelana Jaya menjadi begitu panjang sekali. Aku teringin nak menegur lelaki itu tapi lidah ku jadi kelu tak terkata…hinggalah akhirnye tren sampai ke destinasi dan kami pun keluar menuju haluan masing2 tanpa kata-kata..Terlepaslah peluang aku!huhuhu
Hahahahahahhahahahahaha……Jom,gelak ramai2!!
Korang nak tau tak kat mana yang aku admire sangat kat lelaki ni? Aku admire kat rambutnya jer, bukan kat tuan punya rambut tersebut..hehehehe…Boleh ke gitu??


P/s = Syok sendiri jer..huhuhu...

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nazira PinkVirus Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign